Pages

Friday, April 03, 2009

Mati bukan pengakhir...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.Yang menciptakan matidan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.

(Al-Mulk 1&2)


Ayat-ayat awal surah al-Mulk menjadi pilihan al-Fadhil Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menyampaikan ucapannya dalam satu majlis taklimat bersama ahli-ahli Pas kira-kira setahun yang lalu. Ujar beliau, di situ ada elemen “hidup dan mati”. Salah satu daripada point penting mukaddimah beliau sebenarnya untuk menjelaskan kepada hadirin bahawa antara perbezaan kerajaan Islam dan bukan kerajaan Islam terletak pada sejauh mana kerajaan itu melihat kesan pentadbirannya. Kerajaan Islam akan befikir apa yang diperjuangkan sekarang akan terkesan semasa hidup dan selepas mati.

Asas yang membentuk sebuah kerajaan ialah seorang individu. Kalau kerajaannya tidak fikir tentang kehidupan selepas mati, bererti individu yang membentuk kerajaan itulah yang setiap amalnya tidak merangkumi bekalan selepas mati. Kalau dia fakir tentang mati pun, cara fikirnya lain.

Ramai orang ingat mati itu penyudah segalanya. Bagi yang hidupnya sentiasa derita, mati itulah penyudah sengsaranya. Sebab itu ramai yang apabila berdepan dengan tekanan hidup yang tidak tau jalan penyelesaiannya, bunuh diri adalah jawapan yang paling mudah, penamat derita. Itu biasa bagi orang-orang kafir, tapi jangan lupa, orang Islam yang tipis iman pun tidak terlepas dari perbuatan terkutuk itu.

Bagi yang mengerti, mati itu adalah detik peralihan dari satu alam ke alam yang lain. Mati itu adalah saat kita meninggalkan dunia kita yang hanya 60,70, atau 80 tahun, atau kurang lagi, atau lebih dari itu, dan kita menuju ke peringkat seterusnya yang masanya jauh lebih panjang dari yang kita mampu bayangkan. Di sini bermula kehidupan yang abadi. Yang lebih layak untuk kita khuatirkan daripada kehidupan dunia yang singkat… Firman Allah:

Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya). Yang satu di sebelah kanan dan lain di sebela kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya Malaikat pengawas yang selalu sedia (mencatat).Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya..”

(Qaf:16-19)


Mati di dunia bukan pengakhir kehidupan. Perjalanan seterusnya lebih menggerunkan seandainya kita tidak cukup bekal. Lebih menakutkan sekiranya kita masih leka dengan keperluan-keperluan dunia yang belum memuaskan nafsu kita. Sebab itu Rasulullah berpesan.. orang yang paling bijak di antara kita ialah orang yang selau ingat akan mati..
Allahua’lam.

2 comments:

Mohd Nuruddin Mohamed said...

wah..rajinnya kak jaga byk blog..

siti suhaili said...

baru nak blaja.. Satu ni utk buat experiment..huhu