Pages

Tuesday, February 02, 2010

Tingkatkan iman.

Ramai yang bertanya, bagaimana utk kta tingkatkan iman? Aku sendiri pun terus bertanyakan pada diri sendiri..

Kenapa org boleh lontarkan soalan macam ni? Bukan setakat orang2 biasa macam aku ni.. orang yg boleh kata tahap faqih dalam agama pun bertanya soalan yang sama.

Jawapannya (base on pendapat sendiri je ni..) sbb iman itu tak statik. Iman boleh jadi macam pokok, makin lama makin bertunas dan membesar, boleh jadi juga layu dari dan bantut. Boleh jadi macam pelita yg makin lama makin malap bila minyak semakin habis..

Sempat juga dalam kesibukan menyiapkan thesis.. aku buka blog2 dan website yg memberi tips meningkatkan iman. Nak ulas balik pun bukannya pandai sangat. Tapi rasanya tak salah kita berkongsikan.. Ok, bagaimana kita boleh tingkatkan iman?? Antaranya:

1) FAHAMI TUJUAN HIDUP
Manusia dan jin dicipta oleh Allah utk beribadah kepadaNya. Kalau anda boleh terima point ni, bole proceed ponit nombor 2. Kalau tak, maybe boleh cari jalan utk yakinkan diri bahawa kita dicipta utk BERIBADAH.

2) JAGA IBADAH
Ibadah itu secara amnya ada 2. Ibadah khusus dan ibadah sunat. Ibadh khusus ini ada cara2 dan syarat2 tertentu sbm ditunaikan, contohnya solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya. Ibadah sunat pula adalah apa2 kebaikan yg dibuat dgn ikhlas kerana Allah, mengikut syarat (tidak ditunaikan dengan cara yg salah) dan tidak menghalang daripada menunaikan ibadah wajib yg lain.
Contohnya bagi sedekah. Ianya sunat, tapi mesti ikut syariat.. contohnya sedekah dengan duit yg halah, bukan dari hasil haram seperti mencuri.

Saya lebih suka cakap kita perlu jaga ibadah dulu sebelum tinggkatkan ibadah. Sebab Allah itu lebih suka kebaikan yg kecil tp istiqamah berbanding kebaikan yang banyak tp tak istiqmah.

Rasanya tak salah kalau saya kata solat itu ibadah yg terbaik kalau nak tingkatkan iman. Sbb solat itu boleh cegah dari perkara keji dan munkar. So, jaga solat! InsyaAllah boleh jaga hati sekaligus. (Jaga solat termasuk tak tinggal solat wajib 5 waktu, solat di awal waktu, fahami bacaan dalam solat utk lebih khusyuk dll)

3) BANYAKKAN ZIKIR DAN FIKIR.

Dalam kereta, tengah jalan2, duk tunggu kawan.. bila2 masa pun boleh berzikir dan berfikir. Fikirlah tentang kebesaran Allah. Cuba fikir, kalau Allah tak bagi aku mata utk melihat.. macam mana agaknya hidup aku..

Setakat ni dulu kot. Next time kita sambung lagi. InsyaAllah